Syarat2 pembelian

NOT FOR FUSSY BUYER!! =)


Order Form perlu diisi bagi memudahkan proses pembelian dan penghantaran barang.
Ya Salam Boutique mengamalkan dasar 'siapa cepat dia dapat'. Jika terdapat banyak order dalam 1 masa,pihak kami akan mengutamakan order yang masuk dulu ya =) So, bagi yang nk cancel,boleh aja.tapi kalau ada yang nk barang yang tak ada dengan barang yang lain, boleh isi kat borang.


Lepas anda mengisi borang order, sila tunggu reply dari kami sebelum buat sebarang pembayaran. Kami akan totalkan kos keseluruhan sebelum di emel atau di inbox ke fb (mungkin kami juga akan terus reply ke handfon anda). Then, baru anda boleh proceed buat pembayaran.


Kami hanya membenarkan 'reserve' barang hingga 36jam sahaja. Jika anda gagal membayar dalam tempoh ini, pihak kami berhak membatalkan order anda (kalau dah jadi macam tu,jangan marah ya)


Bagi penerimaan barang yang rosak, sila maklumkan pada kami (dan juga sertakan bukti ya,tangkap gambar ka. bukan apa, kami nak elakkan sebarang penipuan) Kalau bukti dah cukup, kami akan menggantikan barang anda (barang yang rosak tu kos pos anda tanggung tapi jangan risau,kami takkan cas pos barang kembali). Tapi jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan barang ketika pos, pihak kami tidak akan bertanggugjawab.


Warna yang di paparkan mungkin sedikit berbeza dari warna sebenar. 

T&C Postage dan Pembayaran

Pihak kami hanya menggunakan perkhidmatan pos laju. 
Proses pos akan dilakukan sehari lepas pembayaran dibuat.

Delivery Charges (Retail)


Pos laju

1-2 helai rm6 (Semenanjung Malaysia)
rm9 (Sabah,Sarawak,Labuan)


Pos percuma untuk belian 3 helai dan ke atas (Semenanjung sahaja. Bagi Follower di Sabah & Sarawak akan diberikan potongan sebanyak RM5 daripada jumlah pos)

Harga pos bagi bukan follower
3-5 helai rm7 (Semenanjung Malaysia)
rm10 (Sabah,Sarawak,Labuan)

6 helai keatas rm10 (Semenanjung Malaysia) 
rm13 (Sabah,Sarawak,Labuan)


Payment Method (Retail)



Anda boleh membuat pembayaran menggunakan salah satu daripada cara-cara berikut:


Online Transfer



maybank berhad : 162674073220 nurul hani

Sila copy dan paste kan butir-butir resit online anda dan emailkan kepada kami di buti yasalam@gmail.com ataupun inbox di facebook.

Sekiranya anda terlupa,bolehla ke m2u history da copy paste dlm software paint. jangan lupa ya emelkn pada kami.


Bukti pembayaran melalui sms (hanya dari maybank) akan diterima dengan syarat, butiran pembayaran juga sama dengan akaun pihak kami.

Bank in melalui mesin ATM atau kaunter bank



Anda boleh membuat pembayaran ke akaun kami seperti yang dinyatakan diatas.


Selepas membuat bayaran, sila SMS kepada 013-2903670 butir-butir berikut :

1. Nama Anda
2. Nombor transaksi yang dinyatakan di atas slip deposit
3. Tarikh dan masa yang dinyatakan di atas slip deposit
4. Jenis bank (yang dimasukkan duit)

Anda juga boleh menghantar butiran di atas ke emel atau inbox di facebook.


Belian borong (wholesale)






Bagi pembelian borong, kod tidak disediakan, anda hanya perlu menyatakan nama produk kerana bagi pembelian borong kami campurkan semua warna dan corak dalam 1 atau setengah kodi. 







Barang yang dijual tidak boleh dikembalikan atau ditukar dengan tunai sekiranya terdapat kerosakan. Barang akan di ganti sekiranya di beritahu dan disertakan bukti (gambar) dalam masa 2 hari dari tarikh barang diterima . Lebih daripada tarikh berkenaan segala kerosakan bukan di bawah tanggungjawab Ya Salam Boutique.


Barang-barang akan dihantar 1-3 hari selepas bayaran diterima (untuk pemprosesan) 






Cara pembayaran juga sama seperti belian runcit (retail)

Delivery Charges (Wholesale)


Pos laju
1/2 kodi (min 10 helai) 

RM12 (Semenanjung Malaysia) 
RM15 (Sabah,Sarawak)

1 kodi free postage (Semenanjung)
RM15 (Sabah,Sarawak)

IMPORTANT!!!!!



Bukti pembayaran adalah wajib kerana pihak kami hanya akan mengepos barangan anda selepas bayaran dijelaskan.


Anda diingatkan untuk membuat pembayaran dalam masa yang dijanjikan bagi mengelak sebarang pembatalan dari pihak kami.



Harap mendapat kerjasama dari anda.terima kasih..